Wednesday, 15 May 2013

Coretan e.m.a.s. ~ Saya pilih mengundi dalam PRU 13 @ Sekolah Kebangsaan Seberang Dungun (SKSD)


5.Mei.2013 (Ahad), 11.30 pagi

Sebenarnya ini 1st time emas mengundi. Sebelum ni emas serahkan hak penentuan kepimpinan negara kepada rakyat Malaysia yang lain. Sementelahan waktu tu emas berkhidmat di sektor swasta, so tak lah mendalami sangat... Sesambil tempoh pengundian yang x begitu strategik dengan kelapangan masa emas.

emas mengundi di sekolah rendah lama... Terimbau kenangan lama, rasa sayu pun ader... Teringat masa budak-budak dulu... Macam2 terpapar di ruang minda, jatuh tersemban lah, ustazah yang baik lah, keyakinan dari guru2 yang baik, masuk aktiviti sekolah... Sebab tu emas ambil gambar ni untuk mengingatkan emas in moment ;)

Kali ini emas nak menyumbang dengan mengundi dan membuat pilihan kepimpinan negara. Tapi sayang... Rasa sedih sangat. Tunggu punya tunggu Pak Najib masih x umum esok cuti peristiwa. Erm... Terpaksalah emas ajak si anum balik Putrajaya sebab esoknya kena datang kerja dan emas tak mohon cuti. Lagipun hari Jumaat emas dah ambil cuti. Tak lah boleh ambil cuti bebanyak memandangkan emas nak pergi ekspedisi dan kursus lagi ni. Nak tak nak, terpaksalah gigih kayuh wiwi pelan2. Kami gerak lepas isyak... G balik rumah arwah mak dan kemas barang2, mandi dan selesaikan apa yang patut. Kali ni Pak Su x marah pulak sebab emas drive memalam. Huh...

Konon2 nak hilangkan kantuk, singgahlah kat kopitiam dungun untuk tapau white coffee. Ya Allah ya Rabbi, apa jenis rasa ni! Pedih tekak2 sebab manis dan rasa dia cam campur dengan chemical. La budda, la shakka, la roiba, telan jugaklah dikit demi dikit. Berlengas2 tangan!

Dalam perjalanan yang penuh kelam dan diusik kantuk yang manja sangat tu, gigih menekan pedal sesambil disulami dengan kenangan2 semalam... Awak tetap zalim. Radio pula mengumumkan kemenangan parti2 yang bertanding. Lemah longlai rasa kaki ini... Erk...

Rasa penat nak mengundi lagi... Dahlah esok kena keja. SPR ni buatlah win win situation, pengundi dan yang diundi. Erm...

Sampai putrajaya jam 4.30 pagi. Bangun solat subuh pun 6.45 pagi, berbalam2 mata nak g keja. Kat opis mulalah pening kepala menggulung2.... Erk...

On the way ke SKSD dari rumah.
Pandangan depan SKSD.

Bangunan baru, masa emas belajar kat sini dulu, bangunan ni belum ada lagi.

Bangunan sekolah lama. Di sini juga kelas darjah satu emas.. Ingat lagi masa masuk darjah satu, nak mengeja pun merangkak-rangkak lagi. Hehehe...

Kelas darjah dua emas. Kat tengah-tengah ni emas selalu bermain-main dengan kawan-kawan. Siap jemput kawan dari rumah dia sebab nak gi sekolah sama-sama. Rumah dia jauh pulak tu. Semua sanggup zaman budak-budak dulu ;-) 

Kat sini dulu ada pokok bunga kaler pink kecik-kecik, cantik sangat. Lepas tu ada pokok puding. Hehehe... Depan tu padang sekolah. Kat padang sekolah ada pokok bunga kemboja pink dan putih. Tengah hari selalu main-main kat padang. Wow, rasa fresh pula ingatan terhadap sekolah terawal ni ;-)

Pandangan padang sekolah dari bangunan sekolah baharu.

Pandangan padang sekolah dari bangunan sekolah baharu.

Ingat dulu ada pokok kelapa sawit kat tepi pagar sekolah. Ambil buah sawit dan buat cincin. Happening betul zaman kanak-kanak ;-)


Mak Sue siap offer tak nak bergambar ke? Hehehe... 

I am here! ;-)

Nak jugak ambil gambar. Kalau ikut SOP lah, masa yang lama diperuntukkan untuk menconteng jari ni. Sekiranya barisan orang nak mengundi panjang, masaklah orang yang duk tunggu. Erm... Apa kata SPR buat cop guna dakwat kekal jer. Cop atas tapak tangan dan bawah tapak tangan. Sebelum tu buat UAT dulu dengan chemical sama ada akan tanggal ke tak. Tapisan perlu banyak ni... Please lah telus!

1st time basuh. Erm... Memang tanggal pun kat tang kuku tu. Dakwat tu jadi tak tanggal kat celah-celah kuku sebab selaput. Erm... Kawan emas tangan dia lembap, memang 1st time basuh memang hilang walau cuma guna sabun basuh tangan jer.  

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...