Wednesday, 1 May 2013

Coretan e.m.a.s. ~ "Melayang" @ Bangi Kopitiam

1.Mei.2013 (Rabu), 2.16 petang

Hari ini cuti umum sempena hari pekerja dan emas mengambil peluang ke Bangi mencari keperluan kursus yang dah tak lama bilangan harinya. Seusai emas di Bangi, lantas mengambil keputusan untuk menghilangkan fikiran barang sebentar dengan membenarkan saraf mencicipi mocha ice blended dan roti toast ala melaka. Roti toast ala melaka sedap... Lagi-lagilah makan semasa masih panas. Ketika ini emas berkeseorangan dan kentalkan atma bersama-sama si tabby. Cuma emas masih teringat roti bakar melaka semasa bersarapan di sebuah hotel 3 bintang di melaka tahun 2011 dulu dan selalu membuat benchmark dengan yang ini. Yelah, kali pertama dan kali-kali yang seterusnya tak sama. Entahlah apa yang istimewanya, cuma emas tak dapat lupa jer.

Masa tu mengikut senior menyampaikan taklimat amalan senyum kepada JPJ di SUK Melaka. Masa itu juga emas masih dengan dia... Dan sedang meyakini bahawa dia hanya sebuah mimpi yang hadir seketika, walaupun nyatanya adalah bertahun-tahun. Mimpi itu meninggalkan luka yang amat menyakitkan. Kecurangan dalam menepati sebuah perjanjian dan lenyapnya sebuah kesetiaan.

Pernah dulu emas berhasrat nak miliki dan menguruskan sebuah cafe sendiri... ;) Hakikatnya masa itu membezakan antara kenyataan dan bayangan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...