Tuesday, 2 April 2013

Zikir bantu tenangkan perasaan [Berzikir dengan Asmaul Husna]

013/03/27 - 21:29:05 PM Oleh Badariah Abdullah

Perasaan risau, kusut hati, sedih dan resah boleh menimpa sesiapa saja. Walaupun selalunya perasaan negatif ini timbul selepas berlaku perkara tidak diingini dalam kehidupan tetapi ada masanya ia datang secara tiba-tiba.

Tanda-tanda seseorang itu sedang mengalami kerisauan dan kesedihan ialah rasa letih atau tidak bermaya, pening kepala, jantung sentiasa berdebar-debar, tidak nyenyak tidur, sudah tidur, resah gelisah dan cepat naik darah.

Kurang daya tumpuan, tidak lalu makan atau makan secara berlebihan, tidak boleh membuat keputusan, selalu dalam keadaan muram, suka mendiamkan diri serta menjadi anti sosial.

 

Banyak zikir tenang hati

Perasaan risau, kusut hati, sedih dan resah ini sungguh bahaya kerana ia akan membuatkan kita membenci diri serta kehidupan. Justeru, mereka yang dilanda perasaan ini boleh menenangkan hati dengan banyakkan berzikir.

Berzikirlah dengan nama Allah SWT, ‘Ya Allah’ seberapa banyak yang mungkin di mana saja kita berada. Jika dibaca dengan penuh iman dan khusyuk, nescaya Allah SWT akan menghilangkan segala perasaan negatif yang ada serta melapangkan dada kita.

Begitu juga asmaul husna yang lain seperti Ar-Rahman bererti mempunyai rahmat yang luas dan melimpah. Barang siapa berzikir ‘Ya Rahman’, Allah SWT akan menghilangkan perasaan kusut di hatinya dan memudahkan urusan dunia.

Al-Quddus bererti Allah SWT itu suci dan bersih daripada segala kesilapan, kecacatan, kegagalan, dan kekurangan. Barang Siapa membaca ‘Ya Quddus’ sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari akan menghilangkan kepadanya perasaan risau dan kusut fikiran.

 

Hilangkan rasa sedih

Al-Ghaffur bererti yang Maha Pengampun dan Pemaaf. Berzikir ‘Al-Ghaffur’ sebanyak mana yang boleh dengan penuh iman, nescaya Allah SWT akan menghilangkan perasaan kusut, resah dan sedih di hati hamba-Nya.

Barang siapa berzikir ‘Ya Baaqiy’ sebanyak 1000 kali semasa dalam kesedihan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, Insya Allah, Yang Maha Pencipta akan membantunya semasa kesusahan dan menghilangkan perasaan sedih serta duka di hatinya.

As-Sabuur ertinya yang Maha Sabar. Berzikir ‘Ya Sabuur’ sebanyak mana yang boleh, di mana saja kita berada, perasaan sedih atau risau akan hilang secepat mungkin dengan izin Allah.

(sumber: http://w1.bharian.com.my/articles/Zikirbantutenangkanperasaan/Article/)

---

e.m.a.s. ada juga meminta pandangan daripada seorang ustaz mengenai adakah zikir asmaul husna adakah ia merupakan periwayatan israiliyyat. Antara perbualan antara e.m.a.s. dan ustaz tersebut seperti berikut:

 

  • February 21 3:19pm, e.m.a.s.

    Assalamualaikum wbt Ustaz,

    Maaf saya mengganggu inbox ustaz ni. Sebenarnya saya ada sedikit kekeliruan mengenai satu perkara. Ada seorang kenalan saya cakap zikir asmaul husna adalah israiliyat yang mana tiada dalam hadis dan alQuran sekiranya kita amalkan zikir tersebut dalam jumlah tertentu dengan penuh yakin kita akan dianugerahkan dengan hikmah nama tersebut.

    Satu lagi pasal kisah Nabi Ayub yang ditimpa penyakit sehingga tinggal tulang sebab isinya dimakan ulat (ini kisah yg saya baca semasa sekolah rendah dahulu). Katanya mana ada nabi ditimpa dengan penyakit sebegitu. Katanya Nabi Ayub hanya luka jer. Tapi pagi tadi sy terbaca dalam tafsir ada menyatakan 'penyakit'. Katanya kisah sebegini adalah cerita2 israiliyat semata2.

    Mohon kebaikan hati ustaz untuk memberi ulasan bagi menjawab kekeliruan saya ini.

    Sekian, terima kasih. Assalamualaikum wbt.

     

  • February 21 5:51pm, Ustaz NJ

    Wlkmslm... Bab berzikir dgn menggunakan nama2 Allah ( asmaul husna) terdpt di dlm hadis sahih bukhari, sabda rasulullah: " Bagi Allah itu ada 99 nama, barang siapa yg "Ahsoha" iaitu menghafaznya ( termasuk kata ulamak menggunakannya di dlm doa dan zikir ) maka dia masuk syurga"....
    Adapun kisah nabi Ayyub tersebut memang kdg2 pengkisahannya byk bercampur aduk dgn riwayat israiliyyat. Boleh rujuk tafsir muktabar spt kitab Tafsir Ibni Kathir utk mengetahui kisah yg sohih berdasarkan nas yg sahih.

     

  • February 21 5:57pm, e.m.a.s.

    Terima kasih byk ustaz.. Terima kasih atas ilmunya...

  • 0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...