Friday, 8 March 2013

Ummah kena reda berdepan ujian kematian

2013/03/06 - 10:44:40 AM

Abu Muda melaporkan Rasulullah menerangkan, “Apabila anak seorang hamba Allah meninggal dunia, Allah bertanya kepada malaikat: Adakah kamu semua sudah mencabut roh anak hamba-Ku? Malaikat menjawab: Ya. Allah bertanya lagi: Apa kata hamba-Ku itu? Malaikat menjawab: Dia hanya memuji-Mu dan menyebut, kita semua milik Allah dan kita kembali semula kepada-Nya. Allah pun menerangkan: Binalah sebuah rumah dalam syurga untuk hamba-Ku itu. Namakan rumah itu dengan nama ‘Baitul Hamdi iaitu Rumah Pujian.” (Direkodkan oleh Tirmizi dan beliau menjelaskan hadis ini hadis hasan)

Abu Hurairah melaporkan Rasulullah menerangkan, “Allah menerangkan: Apabila Aku mengambil nyawa seseorang yang dikasihi oleh hamba-Ku yang beriman, kemudian beliau sabar dan rela, sudah pasti untuknya adalah syurga.” (Direkodkan oleh Bukhari)

Usamah bin Zaid melaporkan Rasulullah menerangkan, “Seorang anak perempuan Nabi Muhammad menghantar seorang wakil kepada Baginda. Anak perempuan Nabi itu ingin menyampaikan berita berkenaan anak lelakinya yang hampir meninggal dunia, serta mengharapkan kedatangan Baginda.

Nabi Muhammad menerangkan kepada wakil yang dihantar itu, “Saudara baliklah dulu kepadanya. Beritahu kepada beliau, apa yang diberi dan apa yang diambil semula adalah hak milik Allah. Semua perkara yang dijadikan Allah mempunyai batas masa tertentu. Oleh itu, suruhlah beliau bersabar dan mengharapkan pahala daripada Allah.” Kemudian dijelaskan hadis ini hingga lengkap. (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Sumber: Riyadus Solihin Taman Orang Soleh

(sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Ummahkenaredaberdepanujiankematian/Article/)

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...