Tuesday, 26 March 2013

Resepi Agar-agar Buih (versi Terengganu)


Bahan Agar-agar:
● 3 cawan air
● Agar-agar (yang panjang tu, boleh potong separuh)
● 3 biji telur putih (saiz besar)
● 2 sudu gula
● Pewarna merah

Bahan Kuah:
● Susu cair (setengah tin)
● Secawan air (ikut rasa ek)
● 1 sudu tepung kastad
● Sesudu perasa vanila atau sanquick
● Gula (ikut suka nak manis macam mana)
● Secubit garam

Cara-cara masak agar-agar buih:
1. Masak agar2 dgn 3 cawan air. Masukkan sedikit pewarna merah. Agak2 agar2 dah cair, sejukkan. Nak cepat sejuk, letak bawah kipas.
2. Boleh kepuk (pukul) putih telur hingga kembang.
3. Masukkan agar2 yg suam2 tu dalam telur yg dipukul kembang. Masuk sikit2... Kalau tak, tak sebati dgn telur nanti.
4. Dah siap, masukkan agar2 dlm peti ais nak bagi cepat keras.

Cara-cara masak kuah:
1. Masukkan setengah tin susu cair. Biarkan menggelegak.
2. Kacau sesudu tepung kastad dalam secawan air (tapi terpulanglah banyak mana air nak guna).
3. Masukkan air yang dicampur dgn tepung kastad dalam susu cair yang dah menggelegak.
4. Kacau jangan tak kacau... nanti berkeladak kat bawah periuk.
5. Masukkan sesudu sanquick atau vanila untuk bagi rasa masam2 manis.
6. Masukkan gula (ikut suka nak manis macam mana) dan secubit garam.

Tarra!!! Dah siap... Selamat mencuba buat diri sendiri. Nanti for future jangan lupa resepi lagi. Hehe... Agar-agar buih kegemaran emas since kecik lagi...



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...