Friday, 29 March 2013

Program Community Service And Responsibility (CSR) Transformasi Hala Tuju Minat Dan Kerjaya Pelajar Luar Bandar

11 Mac 2012 (Ahad)

Community Social and Responsibility (CSR) boleh didefinasikan sebagai komitmen atau tanggungjawab sosial sesebuah organisasi kepada masyarakat/komuniti. Komitmen atau tanggungjawab sosial itu dilakukan bagi meningkatkan ekonomi, kualiti hidup atau sosial sama ada warga organisasi dan ahli keluarganya, komuniti mahupun persekitaran. Antara contoh bentuk komitmen atau tanggungjawab sosial adalah seperti melakukan kegiatan yang dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat, pemberian biasiswa kepada komuniti setempat, pemberian dana untuk pemeliharaan fasiliti awam, sumbangan kepada masyarakat luar bandar, khususnya kepada komuniti setempat iaitu di sekitar organisasi itu berada.

Program Community Service and Responsibility (CSR), Transformasi Hala Tuju Minat dan Kerjaya Pelajar Luar Bandar dipilih bagi memberi kesedaran dan pendedahan awal kepada pelajar luar bandar mengenai minat yang boleh menjadi peluang kerjaya dan juga pekerjaan-pekerjaan yang terbuka kepada mereka apabila dewasa dan tidak terhad kepada pekerjaan profesional seperti guru, doktor, askar, polis dan pensyarah sahaja. Program ini juga menitikberatkan kepentingan pembentukan sahsiah dan kendiri kanak-kanak yang akan mewarisi negara pada masa akan datang.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, ‘transformasi’ ialah perubahan bentuk sama ada sifat, rupa, keadaan dan lain-lain. Manakala mengikut dictionary.com, ‘transformasi’ ialah perubahan atau pengubahsuaian sesuatu secara radikal. Kamus Dewan Edisi Empat juga mendefinasikan ‘minat’ sebagai keinginan, kesukaan atau kecenderungan kepada sesuatu dan ‘kerjaya’ sebagai perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan atau profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.

Ilmu pengetahuan pula adalah prasyarat kepada pembangunan sesuatu tamadun. Di bawah Teras Ketiga Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, kerajaan telah mensasarkan supaya golongan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antarabangsa.

Pendidikan adalah aspek penting dalam membangunkan masyarakat yang berkualiti tinggi dan Kerajaan telah memberi keutamaan dalam menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu di peringkat prasekolah. Justeru, pendidikan prasekolah adalah platform penting bagi membangunkan masyarakat berprestasi tinggi berkesinambungan dengan fasa-fasa sistem pendidikan negara yang lain.

Hasil daripada pengisian borang soal selidik ini dapat menentukan bidang yang diminati oleh para pelajar sama ada bersifat realistik, investigatif, artistik, sosial, enterprising atau konvensional. Penerangan mengenai bidang-bidang tersebut adalah seperti berikut:
  • Bidang realistik – orang yang mempunyai kebolehan mekanikal atau kuat dan cergas (athletic), lebih suka bekerja dengan objek, mesin, alat, tumbuh-tumbuhan, haiwan atau kerja luar;
  • Bidang investigatif – orang yang suka memerhati, mempelajari, menyiasat, menganalisis, menilai atau menyelesaikan masalah;
  • Bidang artistik – orang yang mempunyai seni, berinovasi atau kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam persekitaran tidak berstruktur menggunakan daya imaginasi dan kreativiti;
  • Bidang sosial – orang yang suka berhadapan dengan orang lain untuk memberi kesedaran, membantu, melatih atau menyembuhkan mereka, atau mahir berkomunikasi;
  • Bidang enterprising – orang yang suka bekerja dengan orang, mempengaruhi, memujuk, melaksana, memimpin atau mengurus untuk mencapai matlamat organisasi atau keuntungan ekonomi; dan
  • Bidang konvensional – orang yang suka bekerja dengan data, mempunyai keupayaan perkeranian atau berangka/data/butir-butir dan menjalankan tugas-tugas secara terperinci.


    Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar.

    Sesi Perkenalan dengan para pelajar untuk mengetahui minat dan cita-cita mereka.

    Para pelajar sedang mengisi borang soal selidik mengenai Bidang yang Diminati.

    Para pelajar sedang mengisi borang soal selidik mengenai Bidang yang Diminati.

    Para pelajar sedang mengisi borang soal selidik mengenai Bidang yang Diminati.

    Sedang memantau pengisian borang soal selidik Bidang yang Diminati oleh para pelajar.

    Wakil CSR dan guru yang terlibat sedang memantau pengisian borang soal selidik Bidang yang Diminati oleh para pelajar.

    Sesi taklimat Transformasi Hala Tuju Minat dan Kerjaya Pelajar oleh wakil CSR.

    Para pelajar tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil CSR.

    Para pelajar tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil CSR.

    Pegawai CSR berinteraksi dengan para pelajar bagi mewujudkan penglibatan dan suasana pembelajaran yang berkesan.

    Pegawai CSR berinteraksi dengan para pelajar bagi mewujudkan penglibatan dan suasana pembelajaran yang berkesan.

    Sesi taklimat diteruskan kepada para pelajar.

    Sesi taklimat diteruskan kepada para pelajar.

    Sesi taklimat diteruskan kepada para pelajar.

    Ucapan penutup daripada guru Sekolah Kebangsaan 

    Para pelajar sedang beratur bagi sesi penyampaian cenderahati kepada para pelajar.

    Wakil CSR menyampaikan cenderahati kepada para pelajar.

    Wakil CSR menyampaikan cenderahati kepada para pelajar.

    Program Community Service and Responsibility (CSR) Transformasi Hala Tuju Minat dan Kerjaya Pelajar Luar Bandar di Sekolah Kebangsaan Kompleks selesai dilaksanakan pada 11 Mac 2012, jam 10.30 pagi.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...