Sunday, 10 March 2013

Coretan e.m.a.s., 10.03.2013 (Sunday), 6.05 pm

10.03.2013 (sunday), 6.05 pm

Hari ni emas g potong n cuci rambut! Huhu... Alamak sedihnya sebab rambut pendek balik. But I believed this is a good start for me to move forward and begin a new life. I feel so fresh and beautiful! Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku dan keluargaku serta seisi alam ini. Amin...


Will trace what will be after this... We always have someone who love us more than we love ourself. As what been hold: takkan sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri... Dulu emas ada mak dan ayah yang terlalu menyayangi emas... Yang takkan sanggup melihat emas sakit pun. Tapi mak dan ayah tiada lagi di dunia ini. Memori bersama-sama mak ayah masih hangat di ingatan emas... Namun emas seharusnya bersyukur kerana masih ada maa dan adik-adik yang menjadi amanah dan tanggungjawab emas...

Putrajaya hujan sekarang... Alhamdulillah, hujan rahmat. Dah lama emas tak rasa semanis ini bila tersenyum. Resah emas dan keraguan maa telah terbukti benar.. Sesungguhnya emas mesti bersabar dan yakin Allah telah mentakdirkan sesuatu yang lebih baik untuk emas selepas ini. Insya'Allah... Lagipun emas bertanggungjawab terhadap perasaan sendiri..

Teringat pula masa darjah 6 tahun 1993. Masa tu emas bermain-main di tepi telaga, tanah jiran tak jauh dari rumah mak ayah. Tanah tu tak didiami jadi rumputnya segar. Emas suka baring atas rumput tu sambil memandang ke langit luas. Indah cuaca petang itu, awan segar berarak, bayu lembut bertiup, burung berkicau mesra, udara segar dan dikelilingi dengan bunga-bunga keduduk.. Emas masih ingat lagi, tika itu emas dah berkira-kira apakah yang emas nak jadi bila besar. Erm... Bila dah besar dan dah tua pun sekarang, suci benar jiwa semasa kanak-kanak. Langsung tak terpalit dengan dosa...

Emas masih ingat sebelum mak menghembuskan nafasnya yang terakhir, emak telah meminta agar emas cepat-cepat menamatkan zaman single sebelum mak menutup mata. Namun, dah 2 tahun lebih berlalu, emas masih tak dapat menunaikan hasrat mak walaupun mak dah tiada... Maafkan emas, mak...



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...