Thursday, 28 February 2013

Muhasabah, buang kebencian tenangkan hati: Sebuah cerita penghuni syurga

2013/02/07 - 05:21:14 AM

Pada satu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk di masjid, Baginda bersabda: "Terdapat seorang lelaki penghuni syurga sedang memasuki masjid." (Riwayat Ahmad)

Kemudian, seseorang yang tidak dikenali masuk ke masjid untuk beribadat dan begitulah untuk beberapa hari.

Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Seorang penghuni syurga sedang memasuki masjid.”

Berdasarkan sabda Rasulullah itu, sahabat amat ingin sekali menyiapkan diri untuk menjadi ahli syurga. Kemudian, Abdullah bin Umar datang berjumpa lelaki itu dan bertanyakan adakah lelaki itu bersedia untuk menerima dirinya sebagai tetamu untuk bermalam di rumahnya.

"Itulah kelapangan dada yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Muhasabah atau perbetulkan hati kita sebelum tidur dan jangan biarkan hati puas sebelum kita penuh dengan cinta serta kasih sayang sesama saudara"

Menjadi tradisi orang Arab untuk bersedia menerima tetamu dan dalam tempoh tiga hari tetamu itu dilayan dengan baik, tidak boleh ditanya tujuan serta maksud kedatangannya. Setelah tiga hari barulah boleh ditanya dan tidak lagi dilayan sebagai berstatus tetamu.

Abdullah bin Umar telah bermalam serta menjadi tetamu di rumah lelaki itu dan didapati lelaki itu seorang yang biasa saja. Lelaki itu menjalankan kewajipan beribadah yang wajib dan sedikit yang sunat. Abdullah bin Umar hairan mengapakah Rasulullah mengatakan bahawa lelaki itu adalah bakal penghuni syurga?

Apabila Abdullah tidak mendapat jawapan, maka Abdullah pun bertanya sendiri lelaki itu: “Saudaraku, apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah menyatakan bahawa engkau adalah sebagai penghuni syurga? Lelaki itu menjawab: “Aku tidur dengan hati yang tidak mempunyai kebencian terhadap Muslimin.

Itulah kelapangan dada yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Muhasabah atau perbetulkan hati kita sebelum tidur dan jangan biarkan hati puas sebelum kita penuh dengan cinta serta kasih sayang sesama saudara.

Berdasarkan kisah erti persaudaraan serta kasih sayang sesama saudara Muslim, hasil yang nyata ialah rahmat Allah dan keampunan.

http://www.bharian.com.my/articles/Muhasabah_buangkebenciantenangkanhati/Article/

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...