Wednesday, 1 August 2012

Cerita Ramadhan Hari Kesepuluh

Hari ini 30 Julai 2012 (isnin). I ambil cuti rehat tahunan semata-mata nak ke balai polis bukit aman. Nak pergi runding pasal saman I. Sesampai I kat sana, cuma I jer yang berbeza jenis. Yang lain semua lelaki, mereka agaknya pelik ada perempuan datang kut. Tapi menghampakan sebab kaunter saman trafik tu tak membantu. Sepatutnya kaunter trafik tu bagi I option, ini tidak. Agaknya core business polis ni untuk caj rakyat kut.. Cari income sendiri sebagai sumber kerajaan. I pun terkeluar bahasa yang bertaraf rendah jugalah sebab geram. Duit collection tu selepas rakyat maki, berkah ke untuk menjadi sebuah pendapatan kepada sebuah negara Islam. Adakah dengan cara denda dapat didik rakyat lebih berhemah? Tapi pemandu yang berduit "ada mereka kisah?". Jadi dalam kes ni masih tak dapat membentuk rakyat Malaysia untuk beradab semasa memandu.

 Lepas kes I masih tak dapat diselesaikan, plan asal nak pergi baiki wiwi yang tercungap-cungap bila drive. Kesian wiwi, mama sakit belakang, wiwi pulak terkedek-kedek kesakitan. Erm.. Parking di lrt sentul dan ambil star train ke monorail Titiwangsa. Sesaja nak cari mood lepas berangin semacam dengan trafik PDRM. Chow kit I jejaki lagi selepas 10 tahun lepas I pergi dengan RA. I masih ingat lagi RA temankan I cari baju raya untuk adik-adik. Masa tu RA dan I telah pilih sepasang baju melayu untu abang yu, warna coklat. Cuaca panas terik waktu tu, I pulak haus sangat-sangat sebab pengecualian bagi yang tak diwajibkan berpuasa. RA kesiankan I dan dia belikan I minuman. Dia cover I masa minum kt stesen monorail. Dah 10 tahun berlalu... Dia dah pergi dulu dari I. RA adalah seorang sahabat I yang terbaik. Semoga Allah menempatkan RA di kalangan ahli syurga. Amin...

I jalan sikit sahaja dari stesen monorail tu. Naik seriau bila tengok keadaan masyarakat sekitar, ditambah lagi dengan imbasan cerita chow kit yang I tengok di wayang. I naik jejantas yang memisahkan dua jalan, I tengok ada orang tidur. Dalam debar tu sempat lagi I pandang muka dia. Nak kata tua, tak lah tua sangat. Kesian dengan mereka.. Sia-sia sahaja usia mereka terbaring di laluan pejalan kaki. Terlintas kat hati kecil I ni; kerajaan tak ambil tindakan ke nak tanggani semua ni. Yelah, I faham juga kalau tenaga penjawat awam tak mampu nak tackle dan handle secara menyeluruh. Erm... Kesian. Jika begini masyarakat di chow kit sekarang, bagaimana sikit masa nanti? Akan datang?

Ramai foreigner di chow kit. Ada yang bertenggekan di tangga jejantas. Dah lah jejantas tu kotor, eeee tak geli ke mereka? Erm... Ini juga mungkin punca pukau. Seriau... Lepas I masuk 1 pasar raya, tak dapat apa yang I nak, I keluar untuk balik. Kakak jurujual cakap, boleh ke the mall pwtc dengan berjalan kaki jer. Around 10-20 minit jika berjalan. Why not I give a try to get some different view of looking something. I masih ingat lagi pesan arwah pensyarah I, En. Zubir Ali; untuk menghasilkan sebuah puisi, pandanglah alam dari sudut yang berbeza. Ini adalah ajarannya yang paling I ingat. Dalam perjalanan ke the mall, I ditegur oleh beberapa lelaki "nak beli emas,kak?". I pandang dia dan senyum menggeleng sebelum cepat-cepat bertatih pergi. Seriau ni, muka cam gengster. Tapi adakah mereka memilih pekerjaan itu atau mereka tak ada pilihan? Menyesal jugak hari itu I pakai kain sebab terpaksa melangkah kecil, tapi I tengah dalam proses untuk muhasabah diri secara total sebagai "muslimah yang menjaga aurat". Masa berjalan tu juga I tengok lelaki-lelaki berkerumum di kedai tv gigih menonton video perempuan loghat kelantan dangdut berpakaian skirt pendek. Waduh-waduh hilang keberkatan ramadhan.. Erm, lalai lagi.

Nothing much in mall coz everything with the impressive price! Super mahal!!! I pun terpikat juga dekat I handbag, cuma rm770.00 jer. Mahal betul!!! Cuma I dapat puji kehalusan reka bentuk jer lah, bukan layak I untuk beli. I lebih teringin ziarah ke baitullah. Rindulah.. Bilalah I dapat mengunjungi mekah dan madinah, menelusuri tapak-tapak langkah idola I. Pusing-pusing kat the mall, belum habis lagi destinasi I. I ke sogo pula naik star lrt dari pwtc ke bandaraya. Aikk betul ke bandaraya ni? Cam pelik jer sekitarnya. Hehehe... Ini lah pandangan berbeza atau sebelum ni I terlepas pandang? As per my expected, no value for money! 

Mulalah terlintas fikiran kotor kat kepala I. Bank Rakyat dapat bonus 12 bulan tak sebising kerajaan. Kerajaan bagi bonus setengah bulan pun dah bergegar bumi malaysia ni. Mulalah harga barang naik. I rasa ketara sangat kenaikan harga barang ni. Islam ajar kalau buat baik tak yah heboh-heboh, itu namanya riak! Gaji naik rm100, barang naik rm300!! Kesian kat rakyat bagi golongan yang kurang berkemampuan. Buat perbandingan kedai kasut BATA jer lah. Kalau beberapa bulan lepas, harga sepasang sandal rm35, tapi hari ni rm65!! Mungkin material lain kut? Hahaha... I dah pusing seluruh kedai, itu harga minimum kut. Parah betul. Tapi biar semua rakyat mogok tak beli, lepas tu akan ada lambakan barang di pasaran, masa tu harga akan jatuh. Hehehe... BATA ni tak nak buat CSR ke? Bagi kasut-kasut percuma kat rakyat berpendapatan bawab rm1500? Hahaha.. I nak offer diri jadi penyumbang tenaga ni. Hehehe...

Masa jalan-jalan di sogo juga, I terserap dengan pasangan bekeluarga yang shopping sama-sama. Lepas ni I nak duduk rumah jer, tak nak keluar dah. Hehehe. I terpandang juga sepasang suami isteri yang dah veteren tengah membelek handbag, tersenyum I sorang-sorang, they are so sweet:-)

Lepas tu I ke kedai kain. Plan nak cari kain nak jahitkan family tudung special, maria eisya hand made. Hehehe... Tak jumpa seperti I nak, arrange kemudianlah. Sorry adik-adik, terpaksa buat recovery plan. Hehehe... Tetiba hujan turun. Kalau I berlari ke lrt masjid jamek, I kene tempuhi lautan manusia. I patah balik ke lrt bandaraya sesambil main hujan. Hehehe... 

Alhamdulillah, on the way drive to putrajaya. The safety place from semua-semua ni. Hehehe tak larat nak perjelaskan lagi. Untuk hindari kesesakan, ambil mex jer. Alhamdulillah, dah sampai rumah. Usai lah sudah cerita bercuti untuk membayar saman trafik di bukit aman. Status: belum selesai!



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...