Wednesday, 1 August 2012

Cerita Ramadhan Hari Kelapan

Hari rasa berat kaki nak bergerak. Hati pun bukan main malas lagi. Erm... Tapi kena keluar jugak sebab nak pergi maxis centre. Semalam pergi sebelum berbuka, sistem down. Jadi terpaksa gagahkan fizikal dan mental untuk keluar dari rumah lebah. Lepas tu ke celcom centre nak sign-up package, tp celcom booth tu mintak pergi centre. Payahnya...!!! Camner ni. Kalau orang gomen tak flexy, dituduh-tuduhnya. Tapi bagi I lah, syarikat monopoli camni lah ~ menjengkelkan. Oppsss bulan puasa ni sempat mengutuk jugak. Tak apa kut, x salah kut sebab kutuk perniagaan. Hehehe.. Inilah yang dinamakan orthodox business, bukan nak sesuaikan dengan business not as usual. Kikiki.. geram jugak sebab servis yang I kutuk ni lah yang I terpaksa guna. Puas I komen kat helpdesk, langsung diorang tak balas. Menjengkelkan betul si maxis dan celcom ni! 

Alang-alang kat alamanda ni nak buat ape ek. Cari muhasabah diri sikit dalam diri orang lain. Baiklah, kita tengok ice age 4! Walau wayang dah start jam 430, tp I beli jugak tiket walau waktu dah menghampiri jam 5. I jatuh cinta dengan cerita ini sebab ia disulami dengan nilai-nilai murni. Ada perasaan berkasih sayang di kalangan warga hutan. Suka tengok gajah besar tu. Kali ni tengok anak perempuan gajah besar tu dah remaja. Cycle of life :-) Wayang habis jam 6 lebih sikit camtu, cepat-cepat balik rumah untuk berbuka. Jom terawih!! Jangan ulangi kelalaian ramadhan yang lepas. Semoga ramadhan kali ini diberkati oleh Allah dan ramadhan terbaik berbanding tahun-tahun yang lepas. Amin...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...