Tuesday, 25 October 2011

Sasaran pertumbuhan KDNK lima peratus boleh dicapai

Berita Harian Online|Sasaran pertumbuhan KDNK lima peratus boleh dicapai

2011/10/20

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh mencapai sasaran pertumbuhan minimum lima peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa pertumbuhan KDNK separuh kedua, yang perlu mencapai 5.6 peratus bagi memenuhi sasaran tahun sepenuhnya, akan mencukupi, disokong oleh pengunaan persendirian yang bingkas dan pelaburan kukuh.

"Ia juga akan disokong oleh projek-projek awam yang dipercepatkan dan mengekalkan eksport kukuh komoditi dan barangan pembuatan berasaskan sumber," kata beliau semasa berucap pada Panel Perbincangan Ekonomi suku tahunan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah-Malaysia (EUMCCI).

Beliau berkata Malaysia pulih dengan baik daripada krisis 2008 hingga 2009.

"Momentum pertumbuhan kita sejak itu mampan. Pada separuh pertama tahun ini, KDNK berkembang pada 4.4 peratus," katanya.

Ahmad Husni berkata jumlah dagangan Malaysia dengan negara-negara Asean meningkat dengan banyak.

"Bagi tempoh 2005 hingga 2010, nilai jumlah dagangan Malaysia dengan negara-negara Asean pada purata US$82 bilion setahun.

"Pada tahun pertama Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN berkuat kuasa, angka ini berkembang sebanyak 24 peratus kepada lebih RM305 bilion," katanya. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...