Monday, 19 September 2011

Resepi Kek Batik

Jam dah menunjukkan pukul 1.12 pagi. Tapi mata ni belum jugak mahu tidur. Tiba-tiba… Hati meronta-ronta nak makan kek batik! Aduhai… Tengah-tengah malam pergi ke dapur nak masak. Hahaha… Bawak sekali laptop ke dapur sebab google resepi. Hehehe… Beberapa resepi dapatku cari. Tapi resepi dia lain-lain.

Mujurlah aku ni ada analytical skills (kononnya), aku kira sukatan untuk aku makan seorang. Yelah… Duk bujang, tak baik membazir. Hua hua hua…

Resepi Kek Batik (untuk orang bujang):
  • 5 sudu besar - Buttercup – (aku guna soft daisy) ~ ini jer yang ada dalam peti ais
  • 2 sudu besar - Marjerin –  (sesaja nak perabiskan marjerin, nanti expired pulak)
  • 1/2 tin – Susu cair
  • 1/4 cawan - Gula (aku x suka manis, lagipun nanti nak tambah milo. Milo kan dah manis)
  • 7 sudu besar – Milo
  • 1 bar - coklat masakan (aku guna vanhoutten, kira kelas jugaklah ni)
  • 1 biji – Telur
  • 200gm – Biskut Marie (original)
Cara-cara:
  • Panaskan buttercup + marjerin dalam kuali
  • Bila dah cair, masukkan gula. Kacau
  • Masukkan coklat masakan yang telah dihiris halus (untuk mempercepatkan coklat cair)
  • Bila coklat masakan dah cair, masukkan milo. Kacau hingga sebati
  • Masukkan susu cair. Kacau hingga sebati
  • Lepas cam dah pekat sikit, masukkan telur. Kacau hingga likat
  • Padamkan api dan masukkan biskut marie
  • Kacau hingga sebati
  • Masukkan semua bahan tadi ke dalam loyang ke tupperware pun boleh
  • Tekan-tekan biar mampat. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais
Tarrra!!! Dah siap. Hehehe… Lagi best bila buat sendiri sebab kita boleh masukkan bahan-bahan yang kita suka. Kalau beli, mesti dia letak bahan-bahan yang murah. Sapa tak nak untung berniaga. Hehehe…

Selamat mencuba! Yummy………. Birthday cake



2 comments:

Nurul Ninie said...

Dalam diam pandai masak rupanya Cik Eda ni ya... Good luck!

Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) said...

Hahaha... Ada encik google lah kak nurul... Apa susah... Hehe...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...