Friday, 18 February 2011

Thank You, Allah (شكرا الله)

Dengan lafaz yang mulia, saya mulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Terima kasih ya Alllah kerana masih menghiburkan saya dengan kaletah dunia… Jua dengan adegan emosi yang pelbagai. Masih memberi saya peluang untuk terus berjihad ke jalanMu yang benar dan satu.

Kedukacitaan atas pemergian mak kembali kepadaMU pada 10.02.2011 amat nyilu. Ku terima sebagai sebuah hakikat kehidupan. Hanya ya Allah dan saya yang amat mengerti di sebalik sebuah kepura-puraan.

Suatu waktu dulu, ya Allah menjemput ayah yang kusayangi, disusuli dengan abah yang ingin kurapati. Kini, saya kekurangan insan yang benar tulus mengasihi. Namun saya percaya, ya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik kepada hamba-hambaNya.

Ya Allah,

Saya sedar, hakikat sebuah primarama kehidupan. Akan berakhir dengan iringan kuburan jasad ke liang lahad yang berdinding dan beratapkan tanah semata-mata. Yang bertemankan sahabat cacing, kala jengking, ular dan binatang berbisa. Semasa hayat dulu, kita takut sekali ditinggalkan di tempat yang sunyi dan gelap. Hakikatnya ke situ jugalah penghujung hayat ternoktah.

Ya Allah, pohonku,

Limpahkan rahmatMu kepada hamba-hambaMu yang pernah tinggal di duniaMU, yang sekarang sedang menetap di alam barzahMu. Ya Allah limpahi lah akan

HambaMu Awang bin Ya’acub

HambaMu Ismail bin Abdullah

HambaMu Indong binti Mat Noor

HambaMu Lijah binti Mat

HambaMu Raja Azhar bin Raja Deraman

HambaMu Ja’afar binti Ismail

HambaMu Ya’acub

(Tok Der, Pok Cik Din, Mok Ngoh, guru-guruku, saudara-maraku dan seluruh umat Islam seluruh alam)

dengan keberkatan dan rahmatMu yang berterusan. Tempatkan mereka semua dalam kalangan orang-orang yang beriman, beramal saleh dan para penghuni syurgaMu. Amien ya Rabbal Alamien…

 

1 comments:

suhaila said...

Eda, semoga tabah menghadapi hari2 yg mendatang..hargailah mereka yg masih hidup..ingatlah mati itu pasti, usah ditangisi..kita juga bakal menyaingi mereka, cuma kita tidak tahu bilakah waktunya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...