Thursday, 24 February 2011

SKMM bina 60 menara pemancar telekomunikasi tahun depan

Berita Harian Online | SKMM bina 60 menara pemancar telekomunikasi tahun depan

2011/02/23
KUALA KRAI: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM) akan membina 60 lagi menara pemancar telekomunikasi di beberapa jajahan yang belum mendapat liputan meluas untuk penggunaan telefon mudah alih dan internet jalur lebar, dianggarkan menelan kos RM60 juta.

Pengarah SKMM Wilayah Timur, Mohd Shafie Harun, berkata ia akan dilaksanakan
di bawah fasa kedua program TIME 3 melibatkan jajahan Gua Musang, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai.
Dalam fasa pertama program itu tahun lalu, kerajaan membina 21 menara
telekomunikasi di seluruh negeri dengan kos RM21 juta, katanya.

"Selepas siap 60 lagi menara itu di negeri Kelantan, rakyat negeri itu akan menikmati kemudahan jalur lebar sepenuhnya pada tahun depan," katanya di sini, hari ini.

Mengulas Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang menyediakan kemudahan ICT untuk kawasan luar bandar, Mohd Shafie berkata kira-kira 14,000 penduduk luar
bandar kini dapat memanfaatkan 20 PJK di seluruh negeri itu sejak diperkenalkan
pada 2009.

Kecuali jajahan Tanah Merah, PJK itu dikendalikan oleh syarikat
telekomunikasi DiGi manakala di semua jajahan lain dikendalikan Telekom Malaysia
Berhad (TM), katanya. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/SKMMbina60menarapemancartelekomunikasitahundepan/Article/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...