Wednesday, 2 February 2011

Resepi Nasi Arab: Nasi Mandy

Petua chef:
* Pilih ayam segar untuk memastikan cita rasa seiring dengan resipi yang dihidangkan.
* Perap ayam dalam tempoh yang agak lama bagi menentukan ayam dan rempah-ratusnya mesra.
* Pastikan beras pilihan paling bermutu tinggi.


Bahan untuk memerap ayam:
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil kunyit kering
(Bahan di atas ini perlu dikisar halus)
1 biji lemon dibelah
2 labu bawang besar dipotong gelang
Sedikit safron
Rempah mandy secukupnya


Rempah mandy:
1 sudu kecil buah pala
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar bunga cengkih
1 sudu besar halia kering
4 helai daun bay (daun salam)
(Semua bahan ini perlu dikisar)


Rempah ratus:
4 sentimeter kulit kayu manis
5 helai daun bay
1 sentimeter buah pelaga
1 sentimeter lada hitam
1/2 sentimeter cengkih
1 1/2 sudu teh jintan putih
1sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh serbuk limau kering (sedikit saja)
1/4 sudu teh serbuk limau
2 labu bawang besar untuk nasi
1 labu mayang - untuk digoreng


Cara penyediaan:
- Masukkan rempah-ratus ke dalam periuk berisi air. Biar hingga mendidih. Masukkan juga sedikit garam.

- Rendam beras sebelum dimasak. Keluarkan sebahagian air rebusan sebelum masukkan beras.

- Apabila sup hampir kering dan nasi hampir masak, tuangkan pewarna pada satu tempat dan jangan kacau. Masukkan lemak yang sudah diletakkan dalam kertas timah dengan membentuknya seperti mangkuk di tengah nasi dan tutup seketika.

- Apabila nasi sudah masak, keluarkan kertas timah dan masukkan bawang goreng dan gaul biar sebati.

(Sumber: Harian Metro)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...