Thursday, 24 February 2011

Kabinet bincang isu kontrak

Berita Harian Online | Kabinet bincang isu kontrak

2010/10/28
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau akan membangkitkan isu pemberian kontrak kerajaan secara rundingan dalam mesyuarat mingguan Kabinet bagi memastikan ketelusan dan integriti kerajaan dipertingkatkan.

Katanya, perkara itu perlu dibincangkan bagi memperbaiki persepsi masyarakat berhubung usaha negara membendung gejala rasuah selain menaikkan markah dan kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI).
“Ada masanya kerajaan perlu memberikan kontrak secara rundingan terus kepada syarikat berkelayakan terutama apabila sesuatu projek itu penting dan memerlukan keputusan segera.
“Justeru, kaedah terbaik perlu dibincangkan peringkat Kabinet bagi menjadikan pemberian kontrak kerajaan secara rundingan terus itu lebih telus dan bertanggungjawab.

“Mungkin kita boleh tunjukkan mengapa projek terbabit diberi secara rundingan terus dan firma dipilih dengan nilai kontraknya sekali, ” katanya kepada Berita Harian semalam.

http://www.bharian.com.my/articles/Kabinetbincangisukontrak/Article/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...