Tuesday, 4 January 2011

Utusan Malaysia Online - Isu SUK: Selangor mahu pinda undang-undang tubuh negeri

ARKIB : 03/01/2011
Isu SUK: Selangor mahu pinda undang-undang tubuh negeri
03/01/2011 3:39pm

SHAH ALAM 3 Jan. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mencadangkan agar diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk kembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menulis surat kepada Speaker DUN untuk memaklumkan mengenai cadangan itu.

Menurut Abdul Khalid, beliau juga telah mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengenai isu pelantikan SUK itu.

Katanya, baginda mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mencari penyelesaian terbaik.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan calon yang layak.

“Sebelum penyelesaian muktamad dicapai, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dengan sebarang majlis atau keraian dengan SUK.

“SUK juga tidak boleh hadir mesyuarat Exco atau hadir pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tetapi boleh melakukan kerja-kerja seperti menguruskan hal tanah dan sebagainya,” kata beliau pada sidang akhbar tergempar di sini hari ini.

Ujar beliau, ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan. – Utusan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...