Sunday, 23 January 2011

Berita Harian Online | Paris Hilton Sedia Kawin Pada Usia 30

Paris Hilton sedia kahwin pada usia 30


2011/01/21

image

Paris Hilton
Selebriti mahu bina kehidupan berkeluarga tahun depan

LOS ANGELES: Paris Hilton bercadang untuk berkahwin dan hamil menjelang tahun depan. Selebriti itu yang menginjak usia 30 tahun bulan depan, berkata mendekati usia itu 'agak menakutkan' namun menjadikannya lebih bersedia untuk berkahwin dan memulakan kehidupan berkeluarga.
 
Apabila ditanya sama ada beliau mahu membuat perubahan berkenaan dalam kehidupannya, Paris, yang keluar bersama jutawan kelab Las Vegas Cy Waits selama hampir setahun, berkata: “Ya, sudah tentu! Saya tidak sabar!”
 
Walaupun Paris mengakui agak “menakutkan” untuk mencecah usia 30-an, beliau bertungkus lumus menganjurkan majlis sambutan hari lahirnya.

Katanya: “Kami merancang banyak parti besar di sekelilingnya. Saya amat teruja!”
Paris – yang pernah bertunang dengan Jason Shaw pada 2002 dan kemudian Paris Latsis pada 2005 – juga berkata beliau tidak dapat “mengingati” segala “khabar angin yang berlaku di sekelilingnya” bahawa beliau sudah merancang untuk berkahwin dengan Cy.

Pada tempoh sama tahun lalu, Paris pernah berkata beliau mahu berkahwin dengan teman lelakinya ketika itu Doug Reinhardt.
Katanya ketika itu: “Saya tidak mahu menghebohkan sebuah majlis perkahwinan pada 2010. Dengan perkara menakjubkan di sekeliling kami, saya melihat masa depan yang cerah dan gembira. Beliau mengajar saya cinta sejati.”

Pasangan itu berpisah sejurus selepas itu, dilaporkan kerana Paris bimbang bintang Hills itu menggunakannya untuk memajukan kerjayanya.
– Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...