Sunday, 16 January 2011

Berita Harian Online | Kerajaan tak hapus sistem sekolah jenis kebangsaan: PM

Kerajaan tak hapus sistem sekolah jenis kebangsaan: PM


2011/01/16
KUCHING: Kerajaan tidak akan menghapuskan sistem sekolah jenis (SJK) di negara ini untuk menjamin pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif serta mampu menguasai lebih banyak bahasa selain Bahasa Kebangsaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Malaysia merupakan
 
satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara yang masih mempertahankan sistem SJKdengan pendekatan yang cukup adil membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Di Malaysia sekolah jenis kebangsaan masih lagi diiktiraf dan terus
dibantu oleh pihak kerajaan dan jika kita lihat negara jiran tetangga kita yang
lain tidak lagi ada sekolah jenis kebangsaan walaupun ia pernah wujud suatu
ketika dahulu di sebuah negara di selatan kita," katanya ketika berucap pada
majlis perasmian bangunan baru SJK Chung Hua Sungai Tapang Hilir yang bernilai
RM9.3 juta di sini hari ini.
Beliau turut berkata dalam memastikan polisi yang adil terhadap SJK,
kerajaan telah memperuntukkan RM145 juta dalam pakej ransangan ekonomi negara
untuk pembangunan sekolah-sekolah SJKC di seluruh negara baru-baru ini.

Najib berkata pendidikan dalam sistem SJK juga kini semakin diterima bukan sahaja di kalangan masyarakat kaum Cina ataupun kaum India sahaja malah juga kaum Bumiputera apabila terbukti ia dapat memberi lebih banyak kelebihan khasnya dari segi penguasaan bahasa.

Menurutnya sejak Akta Pendidikan 1997 digubal, kini seramai 55,975 pelajar daripada 612,000 keseluruhan pelajar di SJKC merupakan pelajar bumiputera.

"Uniknya SJKC ialah pelajar berpeluang untuk menguasai tiga bahasa utama
iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin," katanya.

Sementara itu beliau berkata dalam mencapai tahap sebuah negara maju, negara turut menuntut kepada kemahiran rakyat dalam menguasai lebih banyak bahasa khasnya bahasa Mandarin dan kini menjadi salah satu bahasa penting selepas kebangkitan China dalam kuasa ekonomi dunia.

Katanya selain bahasa Mandarin, kelebihan SJKC ialah dalam mata pelajaran matematik yang mampu memberi nilai tambah kepada seseorang pelajar.

"Untuk membawa Malaysia ke sebuah negara yang maju, kita bukan sahaja perlu menekankan pendidikan kepada anak-anak, malah kita juga perlu membuka minda anak-anak agar menjadi lebih kreatif dan inovatif," katanya. -  BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...