Wednesday, 8 December 2010

Aku hanya seorang pekerja yang makan gaji

bayuku…Computer

Malam ini aku sedikit sedih. Berkeseorangan di ruangan kerja dengan minda yang lemau, dengan mata yang berpendar, dengan motivasi diri yang sedikit kendur… Aku juga sedikit kecewa kerana terpaksa memperbaiki semula hasil kerja yang kurang sempurna yang mana bukan asalnya daripadaku. Walau bagaimanapun, itu mungkin as a learning process to become more precise in doing something in future… Tak apalah, nak buat macam mana, itu sememangnya sudah tersurat sebagai kisah hidupku…
bayuku…Wilted rose

Aku juga sedikit sedih tatkala boss memberi amaran yang kerja itu perlu diselesaikan segera. Iya... Aku tahu tu. Aku sendiri pun mahu menyelesaikannya segera. Tapi apa daya tulang empat keratku, di tambah dengan kedatangan sesuatu hal lain yang tidak dijangka-jangka… Takkan aku harus berada di ruangan kerja selama berminggu-minggu tanpa ada luangan masa bagi agenda personalku? Beginikah?? Erm… mungkin ini juga salahku kerana dari mula aku tak begitu jitu dengan apa yang seharusnya aku lakukan. Tapi jika melakukan tugasan ini hanya berdua, bukankah itu amat meletihkan dan membingungkan?? Kadang-kadang tergeletik ketidakpuasan terhadap hasil kerja, tapi ku biarkan saja kerana itu adalah arahan daripada boss. Akhir cerita, siapa yang terkena? Aku juga… Dalam hidup ini, tidak boleh terlalu menelan arahan. Arahan mesti ditapis dan dianalisis supaya mengurangkan ketidaktenteraman semasa menyelesaikan tugasan…

bayuku…Broken heart
Aku lapar ni… Perutku menagih untuk diisi. Tapi kederat mataku telah tiada, hanya yang dipinta cuma untuk didodoikan…

bayuku…Red heart
Dodoikan aku dalam pelukan angin malammu…
Bisikkan aku lagu rindumu…
Nyanyikan aku deruan ombak laut china selatan…
Buaikan aku dengan cerita romantis alammu…
Mimpikan aku tentang kisah cinta yang mencintai…

Bayuku…Sleeping half-moon
Kulelap dahulu… Jangan lupa akan aku…

Sepoi Bayu
08.12.2010
10:43 p.m.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...