Tuesday, 2 November 2010

Berita Harian Online | Mohammad nama pilihan di Britain

Mohammad nama pilihan di Britain

2010/10/29
LONDON: Nama Mohammad kini menjadi nama pilihan paling popular bagi bayi lelaki yang baru dilahirkan di Britain.

Ia melonjak dari kedudukan ketiga sebelum ini dan mengambil alih nama Jack dan Harry yang menduduki tempat teratas sejak 14 tahun lalu tetapi kini berada di tempat ketiga.

Tinjauan mendapati nama Olivia pula menduduki senarai teratas nama pilihan bayi perempuan, mendahului Ruby dan Chloe.
Seramai 7,549 bayi baru dilahirkan diberi 12 variasi nama Nabi Muhammad tahun lalu, antaranya termasuk Muhammad dan Mohammad.

Nama kedua paling popular ialah Oliver yang diberikan kepada 7,364 bayi, manakala nama Harry dan Alfie menduduki tempat keempat dan kelima.

Senarai rasmi meliputi semua kelahiran di England dan Wales pada 2009, meletakkan nama Mohammed pada
kedudukan ke-16 tidak termasuk pelbagai perbezaan ejaan. – Agensi


Berita Harian Online | Mohammad nama pilihan di Britain

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...