Monday, 4 October 2010

Kasehku pada Tanah Ini



04 Oktober 2010 (Isnin):
Hari yang takkan ku lupakan sampai bila-bila... Hari di mana ku rasakan cintaku betul-betul telah ternoda. Tercemar oleh kata-kata yang tak sepatutnya oleh beliau. Tapi ku akui juga, ia mungkin salahku kerana menyalakan lagi luap perasaan beliau.  

Katanya aku hanya boleh bekerjasama dengan orang-orang tertentu sahaja - tetapi bolehkah orang yang merasakan tidak boleh bekerjasama dengan ku itu bekerjasama denganku? Sebenarnya siapa yang bermasalah untuk bekerjasama? Akukah puncanya atau mereka? Tiada langsungkah titik persepakatan yang boleh dicapai? Bagiku, sampai mati pun jika asyik menunding jari menyalahkan orang lain tanpa mencari punca dalam diri sendiri, adalah sia-sia. Segala-galanya adalah bermula daripada diri kita sendiri... Aku ingin bersepakat...
Aku bergurau tanpa batasan - sedangkan aku hanya bergurau dengan orang yang aku kenal sahaja? Siapakah mereka? Walau siapapun mereka, aku ingin melayani semua seadilnya... Selayaknya...
Aku tiada human touch - benarkah? Adakah human touch perlu digunakan setiap masa sedangkan sebagai pekerja, setiap orang harus mendahulukan kehendak professionalisme? Aku yang telah diacu mengikut kehendak organisasi yang berorientasikan keuntungan, sekarang ingin mengabdikan diri kepada kegemilangan tanah kita... Aku ikhlas...
Tambah beliau lagi dengan merah mukanya; resign saja... Tapi ingat??? xxxxxx............xxxxxxxxxx.......xxxxxxx.... Alhamdulillah, tanah ini masih luas untuk ku redah bagi tuntutan perut yang menagih. Bagi kerongkong insan-insan di bawah tanggungjawabku, insya'Allah... Ku serahkan segala urusan hidup dan matiku kepada Nya. Sesungguhnya dari Allah, saya datang dan kepada Allah jualah saya kembali...   
Sekeliling akan menilaiku... Iya, aku tahu itu... Tapi pandanglah akan baktiku, bukan caraku membodek insaniah mu... Aku tidak ingin itu. Cuma yang aku tahu, setiap hari adalah nilaiku... Bukan penilaian tahunan adalah wadah perkembangan... Ku akui, di tanah ini, sememangnya begitu. Manusia berusaha untuk menyembunyikan ciri-ciri diri yang sebenar untuk ujian penilaian tahunan tersebut... Tuan, nilailah insan-insan berdasarkan tiada kemunafikan dalam tatacara kehidupan mereka. Supaya, mereka bukan hanya jujur kepada diri sendiri, malahan kepada tanah ini. Tanah yang kita pertahankan! 

Walaubagaimanapun, kata-katanya adalah wajar. Komentar seorang beliau... Ku terima dengan senyuman... Walaubagaimanapun adakah mereka perlu mencabar aku untuk mengikut kehendak standard  penerimaan mereka? Mengapakah aku tidak dibenarkan mengikut acuan perspektif aku sendiri? Jika aku telah berjaya ditimbang tara untuk menyumbang di tanah ini, benarkan aku... Galakkan aku... Doronglah aku... Aku ingin berinovasi ke arah suatu lembah yang lebih indah standardnya. Aku tidak ingin digelar pengurus tanah yang berfikiran orthodox. Aku ingin digelar pengurus tanah yang membawa kelainan dan pembaharuan yang cemerlang... Tetapi seperti kata-kata beliau, siapalah aku? Apakah kuasaku? Aku hanya kerengga yang sepatutnya dengan relanya bekerja. HANYA BEKERJA. Tidak pernah seumur hidupku bercita-cita hanya untuk bekerja, hanya untuk material... melainkan aku ingin membudayakan impiku ke arah "sesuatu" mengikut sukma, waras akal... Aku ingin berbakti kepada tanahku... Tanah kita...

Siapalah aku di dunia mu...
Aku adalah hamba Yang Esa di duniaku...
Siapakah aku dan kamu di tanah ini?
Apakah erti tanah ini tanpa (aku dan kamu = kita)?





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...