Thursday, 14 October 2010

Berita Harian Online | Sistem kewangan Islam Malaysia terus diiktiraf

Sistem kewangan Islam Malaysia terus diiktiraf

2010/10/09
SISTEM kewangan Islam Malaysia terus mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa apabila negara dipilih menjadi hos Perbadanan Pengurusan Mudah Tunai Islam Antarabangsa (IILM).

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) dalam satu kenyataan berkata, anggota lembaga sudah memeterai memorandum penyertaan menubuhkan perbadanan itu selepas mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa-Bank Dunia di Washington semalam.
"Penubuhan rasmi IILM dijangka dibuat pada 25 Oktober 2010 di Kuala Lumpur. Matlamat utama perbadanan itu adalah untuk menghasilkan instrumen kewangan berlandaskan syariah bagi memudahkan penyelesaian pengurusan mudah tunai yang lebih cekap dan berkesan untuk institusi menawarkan perkhidmatan kewangan Islam,” kata kenyataan itu.

Ia juga bertujuan memudahkan aliran pelaburan instrumen berlandaskan syariah merentasi sempadan.

"Inisiatif ini adalah sejajar dengan mandat IFSB untuk meningkat dan menyelaraskan inisiatif bagi membangunkan instrumen dan prosedur untuk operasi lebih cekap dan pengurusan risiko serta menggalakkan kerjasama di kalangan anggota dalam membangunkan industri perkhidmatan kewangan Islam," kata IFSB.

Ia berkata penubuhan IILM adalah kemajuan penting dalam pembangunan industri kewangan Islam.
"Ia akan menyediakan instrumen berlandaskan syariah jangka pendek cair yang akan menggalakkan lagi daya saing  dan ketahanan perkhidmatan kewangan Islam di seluruh dunia," kata kenyataan itu.

Berita Harian Online | Sistem kewangan Islam Malaysia terus diiktiraf

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...