Thursday, 14 October 2010

Berita Harian Online | MDec anjur forum harta intelek di KLCC

MDec anjur forum harta intelek di KLCC

2010/10/12
PERBADANAN Pembangunan Multimedia (MDec) akan menganjurkan Forum Pengkomersilan Hak Harta Intelek (IP) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 14-15 Oktober ini.

Forum itu bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai pengkomersilan IP baru dan inisiatif untuk mempromosikan perkongsian pengetahuan antara pakar IP dan industri utama.
Forum itu, antara lain akan mengetengahkan kepentingan rantaian nilai IP itu daripada penghasialan, perlindungan dan penyelenggaraan sehingga pengkomersialan, kata MDeC dalam kenyataannya.
Panel penceramah terkemuka terdiri daripada pakar undang-undang dan industri dalam dan luar negara, akan bercakap mengenai inisiatif pengkomersialan IP seperti pelesenan, penugasan, francais, barangan dan royalti.

Ini selain daripada bentuk pengurusan hak IP yang lain, termasuk penaksiran, penilaian dan keselamatan.

Mengikut kenyataan itu, MDec yang diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memudahkan, membangunkan dan mempromosikan inisiatif MSC Malaysia, sudah melaksanakan pelbagai program bertujuan untuk memangkin pembangunan dan pertumbuhan IP.

Ini juga seiring aspirasi kerajaan bagi negara ini meningkatkan rantaian nilai kepada ekonomi yang berasaskan inovasi.
Ke arah matlamat ini, MDec bekerja rapat dengan pelbagai pihak dan agensi kerajaan untuk menyediakan persekitaran pertumbuhan yang sesuai bagi syarikat berstatus MSC Malaysia untuk memanfaatkan potensi penuh teknologi ICT dan multimedia untuk mengubah syarikat masing-masing menjadi Syarikat ICT kelas dunia.

Forum Pengkomersialan Hak IP adalah satu acara yang diberi tumpuan menerusi Sidang Kemuncak MSC Malaysia 
2010.

Berita Harian Online | MDec anjur forum harta intelek di KLCC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...