Thursday, 14 October 2010

Berita Harian Online | Malaysia destinasi popular pendidikan

Malaysia destinasi popular pendidikan
Oleh S Anand Kumar dan Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2010/10/13

image

KHALED melihat peta kampus baru HELP di Bandar Seri Alam, Wilayah Ekonomi Iskandar Malaysia selepas MoU antara HELP Group dan Seri Alam Properties di Kuala Lumpur, semalam.


Kerajaan sasar pelajar asing 150,000 pada 2015

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi bertekad untuk terus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi popular pengajian tinggi di peringkat Asia dan antarabangsa dengan menetapkan sasaran kemasukan 150,000 pelajar asing menjelang 2015.


Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata selain memberi penekanan kepada pengajian teknikal dan vokasional, tumpuan akan diberikan terhadap empat bidang pengajian dalam usaha merealisasikan sasaran itu.


Antaranya perbankan dan kewangan Islam, hospitaliti dan pelancongan, kejuruteraan dan sains kesihatan yang ditawarkan melalui institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), akan diperkasakan dari semasa ke semasa.

Katanya, bilangan pelajar asing yang sedang menuntut di IPTA dan IPTS tempatan kini seramai 80,000 orang berbanding 60,000, dua tahun lalu.

Dianggarkan seorang pelajar membelanjakan RM30,000 setiap tahun termasuk yuran pengajian.

“Pengajian tinggi antara bidang diberi penekanan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Kerajaan berhasrat mempromosikan sektor teknikal dan vokasional pada peringkat antarabangsa,” katanya di sini, semalam.
Terdahulu, Khaled menyaksikan perjanjian memorandum persefahaman (MoU) penubuhan kampus baru di Bandar Seri Alam, Wilayah Ekonomi Iskandar Malaysia, Johor antara HELP Group dan Seri Alam Properties Sdn Bhd.

Di PUTRAJAYA, Khaled semalam menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi Jaminan Kualiti dan A kreditasi, Mesir (NAQAAE), ke arah meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang jaminan kualiti pendidikan tinggi antara kedua-dua negara.

MoA itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Dr Syed Ahmad Hussein dan Presiden NAQAAE, Prof 
Magdy Kassem. Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkefli A Hassan.

Berita Harian Online | Malaysia destinasi popular pendidikan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...