Wednesday, 15 September 2010

Pantai Teluk Bidara ke Rhu Batil


14 September 2010. Ada sebuah kapal sibuk nak angkat kapal yang dah lama tenggelam kat Pantai Teluk Bidara. Dengar kata kapal ni dapat projek untuk dapatkan besi-besi yang berharga daripada kapal yang tenggelam tu. Entah.... Kapal yang tenggelam ni dah ada sejak aku belum lahir lagi. Kata atuk aku, kapal ni karam sebab muatan melebihi had. Kata atuk lagi, dulu-dulu, ramai juga orang yang berenang ke kapal ni nak cari barang berharga. Tapi yang herannya, kapal ni selalu berubah-berubah kedudukan. Sekejap kat sebelah sana, sekejap kat sebelah sini. Tapi best jugak, kalau cerita pasal kapal tenggelam di pesisir pantai laut china selatan didokumentarikan. Bolehlah orang-orang yang tercari-cari cerita, dapat tahu jugak. Tak salah ingatan aku, atuk pernah cakap kapal tenggelam ni sejak zaman Jepun. 

Damai betul suasana ni... Bila terkena sapaan sepoi bayu sekali-sekala, hilang semua gundah gulana. Teringat kembali zaman kecik-kecik yang telah menjadi sejarah pantai ni. Mandi-manda dengan abah dan adik-adik, berkelah dengan keluarga, main pasir gelongsor bila laut pasang waktu malamnya, cikgu bawa jalan-jalan share cerita... memang banyaklah kenangan aku dengan pantai ni. Ingat suatu hari tu, aku ke pantai dengan seorang teman yang bertandang ke rumah. Hari dah senja, ayah siap datang panggil pulang. Memori yang tak dapat kulupakan... Di sayang dan menyayang. Ku harapkan pantai ini akan terus damai dan  memberi kenangan yang indah-indah buat sesiapa yang bertandang... 



Teluk Tanjong Jara... Dulu pernah pergi ke sebelahnya dengan abah... Pesisir Laut China Selatan, kenangan berharga zaman kecilku hingga sekarang.


Simpang Tanjong Jara --> nak ke Kuala Abang --> Rhu Batil

Kawasan Rhu Batil yang telah dibersihkan. Sayang betul alam semulajadi dimusnahkan. Entah projek apa yang dirancang...

Alam sekitar yang bugar dan amat permai...







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...