Monday, 6 September 2010

bharian: Senarai projek RMKe-10 diumum lepas Bajet 2011

2010/09/06

BUTTERWORTH: Senarai projek dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) akan diumumkan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2011, Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata senarai projek yang akan diumumkan itu hanya untuk tempoh dua tahun iaitu bagi 2011 hingga 2012.

Katanya, kerajaan sudah hampir selesai menyenaraikan projek bagi 2011 dan 2012 selepas proses penelitian serta kajian bagi memastikan projek terbabit adil dari segi kawasan Parlimen, kementerian dan relevannya.

Kerajaan akan mengumumkannya Oktober ini iaitu selepas pengumuman Bajet 2011. Bajet harus masuk dulu...kita tidak boleh umum atau senarai sesebuah projek tanpa bajet, lepas umum peruntukan barulah kita boleh lengkapkan senarai projek.

Jadi, dakwaan kerajaan lewat mengumumkan senarai projek seperti didakwa pakatan pembangkang adalah tidak benar sama sekali kerana kita mengikuti prosedur, malah pengumumannya lebih awal tujuh hingga lapan bulan, katanya selepas menyampaikan bantuan Aidilfitri Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di sini, semalam.

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, yang meminta penjelasan daripada Perdana Menteri yang didakwa gagal mengotakan janji untuk mengumumkan senarai projek bagi 2011 dan 2012 dalam RMKe-10.

Chin Tong, dalam kenyataan medianya mendakwa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan RMKe-10 di Dewan Rakyat Jun lalu, menyatakan senarai pertama projek dalam RMKe-10 akan diumumkan pada Ogos lalu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...