Tuesday, 21 September 2010

Berita Harian Online | Tokoh dunia dicalon terima Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia

Tokoh dunia dicalon terima Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia


2010/09/21

BEBERAPA tokoh cemerlang dalam bidang kewangan Islam di seluruh dunia bakal dicalonkan untuk menerima Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia yang menumpukan kepada rekod pencapaian dan sumbangan besar mereka terhadap kemajuan kewangan Islam global.

Penyampaian Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia yang pertama itu akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong pada majlis Makan Malam Diraja dan penyampaian anugerah yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur, 25 Oktober ini. Anugerah itu membabitkan 30 pencalonan mewakili individu pelbagai latar belakang termasuk bukan Islam dari semua benua merangkumi Asia Barat, Eropah, Asia Tenggara, Afrika dan Australia. Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Pusat Kewangan Antarabangsa Islam Malaysia (MIFC) dalam satu kenyataan bersama berkata, pencalonan yang diterima adalah dari pelbagai sektor dalam industri itu termasuk Syariah, ahli akademik pengamal industri, institusi kewangan Islam, institusi penyelidikan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Jurang usia calon pula adalah sekitar 40 hingga 80 tahun.

Sambutan baik bagi pencalonan itu menjadikan Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia sebagai satu tanda aras dalam pengiktirafan industri kewangan Islam di peringkat global, demikian menurut kenyataan itu.

Anugerah Diraja ini adalah satu inisiatif yang diterajui MIFC dan disokong oleh Bank Negara Malaysia serta SC.
Semua pencalonan akan dipertimbangkan secara teliti dan diadili oleh juri antarabangsa bebas.

Penjurian dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia.

Berita Harian Online | Tokoh dunia dicalon terima Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...