Monday, 27 September 2010

Berita Harian Online | Persoalan Agama: Guna pendekatan berhemah, bimbing saudara lalai solat


Persoalan Agama: Guna pendekatan berhemah, bimbing saudara lalai solat
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

2010/09/19

BAGAIMANAKAH caranya untuk saya menegur saudara lebih berusia untuk bersolat dan tidak meninggalkan kewajipan itu? Apakah ada sebarang petua yang boleh saya maklumkan kepadanya mengenai azab meninggalkan solat.

Aminul H,
Putrajaya.
Ingin saya jelaskan secara ringkas hukum orang meninggalkan solat. Tiada perselisihan oleh ulama mengenai kekufuran (keberadaan di luar Islam) siapa saja yang meninggalkan salah satu dari lima solat yang difardukan, bila ia berdalih atau berkeyakinan bahawa solat tidak wajib. Solat fardu adalah perkara yang popular dalam agama atau dalam istilah dalam hukum Islam sebagai Ma’lum min ad-din bi ad-dharurah.
Orang yang meninggalkan solat kerana malas, tetapi tetap yakin bahawa solat itu wajib, Imam Malik dan Imam Syafie berpandangan bahawa orang yang bersangkutan ini tetap dinilai sebagai Muslim. Hanya kerana ia adalah seorang Muslim yang berdosa besar atau fasik. Kalangan ulama berpendapat bahawa, pada prinsipnya seseorang itu tetap dinilai Muslim selama dia mengucap dua kalimah syahadah, walaupun melakukan dosa.

Sebenarnya untuk mengubah seseorang itu, bukanlah sesuatu yang mudah kerana jika dia sendiri tidak bersedia untuk menerima teguran dan ajaran. Yang kedua, biasanya ada perasaan ego dan merendah-rendahkan kebenaran. Justeru, dalam kita berdakwah, kesabaran sangat penting di samping berdoa.

Apabila kita tidak mampu untuk menegur saudara kita untuk solat, mintalah pertolongan orang yang ia pandangan tinggi atau yang mempunyai kuasa seperti ayah, emak atau adik-beradik yang lebih tua untuk menegurnya kerana sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri, daripada Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, hendaklah dengan lidah (teguran), jika tidak mampu hendaklah dengan hati (iaitu membenci maksiat yang dilakukan dan berdoa), dan itulah selemah-lemah iman”. (Riwayat Muslim No. 49).
Sekiranya kita tidak mampu menegur, raikan dia dulu. Berikan hadiah atau apa yang disukai dan tidak bertentangan dengan agama. Kemudian selepas ia hormat kepada kita, maka tegurlah dengan baik. Mungkin juga, sekiranya kita tidak mampu untuk menegur kerana ceteknya ilmu, dekatkan dirinya dengan agama dengan menghadiahkan buku-buku atau majalah agama yang dapat merangsang hatinya kepada melaksanakan ketaatan kepada Allah sebagai mana firman-Nya dalam surah an-Nahl ayat 125, “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik”. Wallahua’lam.

Berita Harian Online | Persoalan Agama: Guna pendekatan berhemah, bimbing saudara lalai solat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...