Friday, 30 July 2010

bharian: Tiga rakan kongsi Petronas terima 2 blok cari gali

2010/05/20
PETRONAS semalam menganugerahkan dua blok cari gali kepada tiga rakan kongsi di bawah satu Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA).

Blok berkenaan ialah SB307 dan SB308, di luar pantai Sabah, dengan syarikat yang mengambil bahagian merangkumi Lundin Malaysia B V, Nio Petroleum Ltd dan Petronas Carigali Sdn Bhd.

Mengikut syarat PSC itu, Lundin Malaysia yang mempunyai kepentingan penyertaan sebanyak 42.5 peratus, akan mengusahakan kedua-dua blok terbabit.
“Nio Petroleum akan memiliki 42.5 peratus kepentingan, manakala 15 peratus selebihnya dimiliki oleh Petronas Carigali,” kata Petronas dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Blok SB307 dan SB308 yang berukuran kira-kira 6,230 kilometer persegi terletak pada kedalaman air hingga 70 meter.

Kedua-dua blok itu diteroka sejak 1965 dan menghasilkan penemuan medan pengeluaran Barton, South Furious dan St Joseph, yang kini diusahakan oleh Sabah Shell Petroleum Company Ltd di bawah PSC yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...