Friday, 30 July 2010

bharian: MITI lancar institut perkukuh industri automotif

2010/06/11
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melancarkan Institut Automotif Malaysia (MAI) khusus untuk bertindak sebagai pusat tumpuan dan penyelarasan industri automotif tempatan.

Timbalan Menteri MITI, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata institut itu diwujudkan susulan saranan yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian (IMP) 2006-2020 untuk membantu dan meningkatkan lagi sokongan MITI dalam pembangunan industri tempatan.

Ia juga akan menjadi pusat penyelarasan untuk semua perkara berkaitan industri automotif, termasuk merumuskan dasar automotif negara, menguruskan program pembangunan tenaga kerja, merumus dan menyelaraskan penyelidikan dan pembangunan berkaitan automotif, katanya pada majlis pelancaran institut itu dan Seminar Automotif Negara di Kuala Lumpur, semalam.
Sebagai sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di bawah pengawasan MITI, MAI akan lebih fokus dan melaraskan aktiviti yang dicadangkan untuknya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang diumumkan semalam, katanya.

Beliau berkata, MAI akan menumpukan kepada penyelidikan strategik, dengan sub-fungsi meliputi kepintaran dan langkauan pasaran serta pengukuhan kapasiti yang terdiri daripada pembangunan teknologi, pembangunan modal insan dan pengurusan rantaian bekalan.

Mengenai industri automotif Malaysia, beliau berkata jualan kenderaan bermotor dalam suku pertama tahun ini meningkat 22.4 peratus kepada 147,415 unit daripada 120,389 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...