Friday, 30 July 2010

bharian: KSN dilantik penasihat 1Malaysia Development

2010/07/30
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, menganggotai Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan semalam, 1MDB berkata, ia kini mempunyai ba-

risan Lembaga Pengarah yang mantap, terdiri daripada tokoh unggul dari dalam dan luar negara yang dilantik Perdana Menteri selaku Pengerusinya. Penasihat berkenaan akan membantu membentuk 1MDB ke aras pertumbuhan tinggi serta memastikan tahap tadbir urus korporat tertinggi dipatuhi, katanya.

Najib juga melantik Chang Zhenming, Naib Pengerusi dan Presiden Citic Group dari China sebagai ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

Lembaga Pengarah 1MDB semasa adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Pengerusi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Hal Ehwal Eksekutif Abu Dhabi dan Pengarah Urusan Mubadala Development Co, Khaldoon Khali-fa Al Mubarak; dan Pengerusi Kumpulan & CEO LVMH Mo√ęt Hennessy Louis Vuitton, Bernard Arnault.

Ketua Eksekutid 1MDB, Shahrol Halmi, berkata syarikat itu diberi penghormatan dengan keanggotaan Mohd Sidek sebagai ahli Lembaga Pengarah.
"Nasihat beliau akan membantu meningkatkan sinergi antara 1MDB, sebagai syarikat milik penuh kerajaan dengan kerajaan," katanya.

Shahrol berkata, keberkesanan 1MDB akan meningkat berlipat ganda memandangkan pengalaman beliau dalam
inisiatif antara kementerian ke arah membina sebuah ekonomi yang lebih bertenaga dan berdaya saing. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...