Tuesday, 11 May 2010

Pendapatan agregat 20 GLC diunjur melonjaknaik 52 peratus

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/07)

PENDAPATAN agregat kumpulan 20 (G-20) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diunjurkan meningkat 52 peratus atau RM6 bilion kepada RM17.7 bilion dalam tahun kewangan 2010 ini berbanding tahun lalu.

Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) dalam kenyataannya semalam berkata, GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) adalah berdaya tahan sepanjang krisis subprima dan dijangka mencatat pertumbuhan tahun ini.



“Ini dibuktikan jumlah pulangan pemegang saham yang menjana pulangan terkumpul untuk tempoh enam tahun sebanyak 14.7 peratus sehingga 3 Mei, 2010.

“Modal pasaran G-20 pula RM301 bilion sehingga 3 Mei, 2010, mengatasi nilainya semasa kemuncak krisis, iaitu RM293 bilion,” katanya.

TMO dalam kenyataannya itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Putrajaya mengenai GLC Berprestasi Tinggi (PCG).

Katanya, pada mesyuarat itu, Pengerusi dan Ketua Eksekutif GLIC dan GLC menyuarakan kesediaan mereka untuk menyokong usaha transformasi ekonomi menerusi Model Ekonomi Baru.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...