Thursday, 11 March 2010

bharian: Kontrak KSN disambung setahun hingga Jun 2011

(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/11)

PUTRAJAYA: Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) secara kontrak selama setahun mulai 24 Jun ini hingga 23 Jun 2011, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan hari ini.

Pelantikan semula Mohd Sidek, 58, diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin atas kepentingan negara, kata kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"Perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan terutama dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, Mohd Sidek dilantik sebagai KSN pada 3 September 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2007 kerana mencapai umur 56 tahun pada tarikh tersebut.

Seterusnya, beliau dilantik semula secara kontrak sebagai KSN untuk tempoh dua tahun mulai 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009.

Perkhidmatan beliau kemudian dilanjutkan lagi untuk tempoh setahun mulai 24 Jun 2009 hingga 23 Jun 2010. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...