Tuesday, 30 March 2010

bharian: 1Malaysia berpaksikan perlembagaan, Malaysian Malaysia tidak: Ghani Othman

(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/30)

JOHOR BAHRU: Gagasan 1Malaysia tidak sama dengan Malaysian Malaysia yang pernah diperjuangkan DAP kerana ia berpaksikan kepada Perlembagaan, sedangkan Malaysian Malaysia tidak, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

"Perkara pokok dalam Gagasan 1Malaysia ini ialah menekankan perpaduan rakyat dalam konteks kepelbagaian di samping memastikan keadilan sosial," katanya pada Majlis Penjelasan 1Malaysia Perspektif Perdana Menteri anjuran kerajaan Johor dan Jabatan Penerangan di sini hari ini.



Sempena majlis yang dihadiri 2,000 orang penjawat awam dan ahli-ahli badan bukan kerajaan itu, satu ceramah oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail telah diadakan.

Abdul Ghani berkata perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia penting bagi membolehkan negara ini bergerak menuju matlamatnya untuk menjadi negara maju pada 2020.

"Gagasan 1Malaysia bukan segregasi atau asimilasi kaum kerana kita menerima, menghormati dan meraikan kepelbagaian dalam masyarakat kita," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...